Auto Draft

Terasa? Syuk Mohon Maaf Pada Uqasha Senrose.

Auto Draft

Bukan semua orang boleh jadi pelawak dan boleh menghiburkan penonton. Mungkin bakat semulajadi yang ada pada Syuk membuatkan dia berjaya ke pentas akhir Bintang Bersama Bintang (BBB) minggu lalu. Walaupun beliau tidak bergelar juara, namun persembahannya tetap memukau hati penonton.

Persembahan yang kurang kemas pada malam itu menyaksikan Shuk gagal menambat hati juri walaupun menampilkan Uqasha sebagai artis jemputan.

Namun, Syuk menegaskan Uqasha bukanlah penyebab kegagalannya dan sudah meminta maaf kepadanya.

“Saya sudah telefon Uqasha minta maaf pada dia. Saya faham dia bukan pelawak. Saya pun pertama kali bekerja dengan dia. Saya takut dia terasa dan saya sudah mohon maaf. Saya berterima kasih pada Uqasha kerana tanpa dia mungkin saya tidak buat persembahan pada malam itu.”

Auto Draft

Dari laporan Malaymail Online, Syuk berkata Uqasha memberikan komitmen 110 peratus dalam persembahan pada malam itu.

“Uqasha sanggup datang ke tempat tinggal saya walau dia pelakon hebat tetapi dia sangat merendah diri,” katanya.

Sumber MMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *