“Memang Geram, Dia Yang Kahwin Dengan Suami Orang, Tapi Kenapa Saya Pulak Yang Kena Kecam? Izreen Kenapa Kau Buat Macam Ni? Kenapa Lari?"Rita Rudaini Kesal Terpalit Dengan Kontroversi Izreen & Ude..

“Memang Geram, Dia Yang Kahwin Dengan Suami Orang, Tapi Kenapa Saya Pulak Yang Kena Kecam? Izreen Kenapa Kau Buat Macam Ni? Kenapa Lari?”Rita Rudaini Kesal Terpalit Dengan Kontroversi Izreen & Ude..

NAMA pelakon Rita Rudaini sering menjadi mangsa kecaman netizen sejak terbongkar berita rakan baiknya, aktres Izreen Azminda berkahwin dengan suami orang iaitu Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid pada Ogos tahun lalu.

Tidak tahan terus menjadi sasaran, Rita mengakui berkecil hati dengan sikap Izreen yang bertindak menutup Instagramnya sehingga laman sosialnya pula menjadi sasaran netizen berhubung perkahwinan mereka itu.

Rita mendedahkan, Izreen tidak pernah menghubunginya sejak dia berkahwin dengan Ude.

“Sebelum ini kalau saya kena kecam saya tak pernah tutup komen, biarlah. Saya tak pernah libatkan rakan-rakan keliling. Saya bukannya mahu hentam Izreen tetapi nak beritahu tentang diri saya.

“Izreen pun kenapa buat macam ni. Kenapa lari? Kenapa tutup Instagram?

“Memang Geram, Dia Yang Kahwin Dengan Suami Orang, Tapi Kenapa Saya Pulak Yang Kena Kecam? Izreen Kenapa Kau Buat Macam Ni? Kenapa Lari?
Izreen dan Ude berkahwin dalam sebuah majlis tertutup pada 8 Ogos lalu.
 
“Jujurnya saya berkecil hati dan terasa hati dengannya dan sebagai kawan dia tidak sepatutnya buat macam ni,” katanya menerusi rancangan Melodi terbitan TV3 pada Ahad.

Isu rumah tangga Izreen dan Ude terus mendapat perhatian apabila Ude dan isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung pada 28 Februari lalu.

Namun ia ditanggungkan pada 22 Mac depan selepas peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain memohon untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas perceraian.

Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017 setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.

Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan pemuzik bebas itu pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Dalam pada itu, Rita berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan Izreen berhubung isu itu namun aktres berkenaan tidak pernah menghubunginya selepas berkahwin.

“Memang Geram, Dia Yang Kahwin Dengan Suami Orang, Tapi Kenapa Saya Pulak Yang Kena Kecam? Izreen Kenapa Kau Buat Macam Ni? Kenapa Lari?
Intan masih sayangkan Ude.

“Saya boleh bersemuka dengan Izreen tetapi lepas berkahwin dia tidak menghubungi saya tetapi tidak mengapa takkan nak kacau rumah tangga orang pula,” ujarnya.

Tambah Rita, dia berasa geram dengan sikap netizen yang turut menghentamnya dalam masalah melibatkan Izreen dan berharap orang ramai berhenti mengaitkannya.

“Memang geram! Lainlah kalau saya yang kahwin dengan suami orang. Kena kecam pun saya puas hati.
 
“Masalahnya teman lelaki pun tiada. Apatah lagi skandal. Kucing adalah…,” guraunya.

Dedah Rita, ketika laman sosialnya menjadi mangsa serangan netizen, dia ada menghubungi Izreen untuk mengetahui kenapa dia menutup ruangan komen Instagramnya.

“Memang Geram, Dia Yang Kahwin Dengan Suami Orang, Tapi Kenapa Saya Pulak Yang Kena Kecam? Izreen Kenapa Kau Buat Macam Ni? Kenapa Lari?
Izreen bertindak menutup akaun Instagram miliknya.

“Masa benda tu pecah (terbongkar) saya kena kecam dan bila saya menelefonnya dia kata biarlah. Dia yang tutup komen tetap saya yang kena.
 
“Saya bersabar lagi sampai ke tahap ini dan saya rasa sekarang keadaan teruk sangat,” katanya.

Bagaimanapun kata Rita, Izreen ada datang mencarinya untuk berbincang mengenai perkara itu dan dia sudah pun bercakap apa yang terbuku di hatinya.

“Saya bagi dia cari saya. Dia cari saya. Dia tanya saya, saya terus cakap apa yang saya tidak puas hati.
 
“Sebab itu orang kata mulut saya lantang, mulut jahat tetapi lebih baik ada kawan macam ini daripada bercakap belakang. Itu lebih bahaya,”katanya.

Sementara itu, Rita berkata, sebagai kawan dia sudah menasihati Izreen namun selebihnya dia tidak dapat mencampuri sebarang keputusan dibuat oleh aktres itu.

“Memang Geram, Dia Yang Kahwin Dengan Suami Orang, Tapi Kenapa Saya Pulak Yang Kena Kecam? Izreen Kenapa Kau Buat Macam Ni? Kenapa Lari?
Rita bersedia bertemu dengan Izreen.

“Saya kalau berkawan dengan seseorang, kalau ada benda tidak elok saya akan beritahu terus terang tetapi terpulang jika hendak terima atau pun tidak.
 
“Saya bukannya jenis kawan yang tengok sahaja apa kawan buat. Sebelum benda ini jadi saya dah cakap risikonya apa, ambil hak orang adalah salah.

 
“Bagi saya poligami itu tak salah tetapi kita yang buat bermadu itu macam jahat sangat.
 
“Kita kena sedar bila menumpang kasih dan ambil hak orang tanpa minta izin kita kena hormat dia. Jangan cakap banyak dan apa-apa jadi minta maaf, itu yang terbaik,” jelasnya.

Rita berkata, akibat kontroversi itu dia bukan sahaja mendapat malu tetapi ia terpalit kepada keluarga dan anak-anaknya.

Kredit: mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *